KUALA LUMPUR 11 Mac - Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Datu Wasik
Aranan dari Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) menafikan pembabitannya
dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Sultan Bantilan yang diwakili Menteri Luarnya Datuk Zakaria Abdullah berkata, SSDI tidak berniat untuk menuntut Sabah secara keganasan kecuali melalui perbincangan yang aman.
“Sejak pencerobohan bersenjata ke Sabah yang mengancam nyawa dan harta benda bermula, SSDI berharap insiden ini boleh diselesaikan secara aman bagi mengelak pertumpahan darah berterusan.
“SSDI juga bersedia menjadi orang tengah dalam perbincangan dengan beberapa syarat,” katanya.
Tambahnya lagi, kepimpinan Presiden Filipina Benigno Aquino III yang tidak melakukan tindakan drastik untuk menuntut Sabah dengan mengkaji aspek sejarah dan menjaga kestabilan rantau merupakan tindakan yang bijak.
Zakaria dalam pada itu menegaskan bahawa SSDI tidak akan berkompromi dengan mana-mana penceroboh yang menggunakan nama, bendera atau logo SSDI dalam aktiviti haram tanpa pengetahuan Sultan.
"Sekiranya pendamaian tidak boleh dicapai melalui perbincangan, SSDI menyeru semua pihak yang terlibat mengelakkan insiden orang awam menjadi mangsa dalam apa jua keadaan,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment