Tak habis2 la si Ostazah meroyan nih.. Ada je fatwa yg merepek lagi menyesatkan.... Elok dia nih hantar ke Hospital Tanjung Rambutan or Hospital Tampoi je la.. Ke Sangap????
Sesukahati ko je kata UMNO/BN musuh Allah. Ingat PAS ni WARAK la sangat????
Friday, 15 February 2013
LAGI BERITA BAIK UNTUK ORANG ASAL
PM: Pendemokrasian buka peluang Orang Asli dapat pendidikan berkualiti
SERI ISKANDAR 15 Feb. - Prinsip pendemokrasian pendidikan diamalkan kerajaan telah membuka ruang dan peluang luas kepada rakyat termasuk golongan minoriti Orang Asli mendapat akses pendidikan berkualiti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, prinsip yang berada dekat di hatinya itu
tidak bersifat elitis atau terbuka kepada golongan yang berkedudukan
tetapi setiap orang di negara ini mesti mendapat peluang berkenaan.
Beliau berkata, pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk
mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti.
"Mungkin kita (kerajaan) boleh membina jalan, membina jambatan atau
sediakan rumah sekalipun. Tetapi tidak ada alat wahana yang lebih
berkesan berbanding sekiranya seseorang itu mendapat akses pendidikan
berkualiti dan melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi dan
selanjutnya," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Perdana Warga
Orang Asli Bersama YAB Perdana Menteri serta pelancaran program Mengubah
Destini Orang Asli di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini
hari ini.
Beliau berkata, tiada bumbung yang dapat mengehadkan pencapaian
seseorang itu selain keinginan dan kesungguhan untuk berjaya melalui
pemupukan semangat serta mengubah sikap, menggunakan pelbagai kemudahan
yang disediakan dalam sistem pendidikan oleh kerajaan. - BERNAMA
BERITA SEDIH BUAT BAH TONY
Masyarakat Orang Asli sentiasa sokong kepimpinan BN
NAJIB
Tun Razak (dua kanan) beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli pada
Majlis Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama YAB Perdana Menteri di
Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini. - BERNAMA
SERI ISKANDAR 15 Feb. - Masyarakat Orang Asli sentiasa menyokong
kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mampu menjamin masa
depan masyarakat itu sebagai sebuah kaum minoriti di negara ini.
Wakil Tok Batin Orang Asli, Sahar Husin berkata, walaupun jumlah
masyarakat Orang Asli di Perak dilihat kecil iaitu kira-kira 54,000
namun sokongan terhadap kerajaan tidak perlu dipertikaikan.
Keselesaan yang dinikmati mereka pada hari ini sudah cukup
membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan apatah lagi
meminggirkan masyarakat Orang Asli seperti yang didakwa oleh sesetengah
pihak, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Perdana
Warga Orang Asli bersama Perdana Menteri dan pelancaran program Mengubah
Destini Orang Asli di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari
ini.
"Saya merasa terpanggil di sini untuk menyatakan demikian, kerana
telah banyak pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh pihak kerajaan
kepada masyarakat Orang Asli," katanya.
Katanya, ada suara nakal daripada pihak tidak bertanggungjawab yang
cuba mempengaruhi Orang Asli dengan menimbulkan cerita tidak baik
mengenai Program Mengubah Destini Orang Asli.
"Orang ramai perlu merujuk kepada pihak berkuasa, jangan mudah
terpedaya dengan dakwaan pihak tersebut yang cuba memundurkan masa depan
Orang Asli yang akan ketinggalan.
"Kami (masyarakat Orang Asli) mahu hidup mewah, ada kereta dan rumah
besar, jadi Orang Asli tidak perlu duduk diam dan perlu rebut peluang
ini," katanya.
Beliau yang juga Tok Batin Kampung Lata Kinjang, Tapah berkata,
masyarakat Orang Asli akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Naib Canselor UiT, Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu
Shah berkata, institusi itu akan meneruskan Projek Mengubah Destini Anak
Bangsa (MDAB) dengan memberi lebih tumpuan kepada masyarakat Orang Asli
agar mereka juga dapat bersama-sama mengecap nikmat berilmu, demi
kelangsungan bangsa pribumi ini.
Katanya, sejak UiTM memulakan program itu pada 2010 sehingga kini,
seramai 16,000 pelajar dalam kalangan anak yatim dan keluarga miskin
mengikuti pengajian di peringkat pradiploma di semua kampus cawangan
UiTM.
"Daripada jumlah itu 14,000 pelajar berjaya melayakkan diri
menyambung pelajaran di peringkat diploma. Alhamdulillah dan InsyaAllah
kumpulan pertama kohort tersebut akan bergelar graduan pada majlis
konvokesyen tahun ini," katanya.
Beliau berkata, kemasukan lebih ramai anak Orang Asli, penuntut
daripada kaum lain akan berpeluang untuk lebih memahami sosiobudaya
serta cara hidup masyarakat Orang Asli.
Cara hidup masyarakat Orang Asli yang sentiasa peka terhadap alam
sekitar dan cintakan alam semula jadi adalah sesuatu yang amat penting
untuk dipelajari dan dihayati oleh masyarakat lain di Malaysia bagi
melestarikan pembangunan mampan di negara kita, katanya. - BERNAMA
BERITA BAIK UNTUK 13 PENUNTUT ORANG ASAL....
Pinjaman Mara 13 penuntut Orang Asli ditukar jadi pinjaman - PM
SERI ISKANDAR 15 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengumumkan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang diberikan kepada
13 penuntut Orang Asli yang kini melanjutkan pengajian di luar negara
ditukar kepada biasiswa.
Berita gembira tersebut yang menjadi pembakar semangat anak-anak muda
dari kaum itu diumumkan oleh Perdana Menteri semasa berucap di hadapan
15,000 Orang Asli pada Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama YAB
Perdana Menteri serta pelancaran program Mengubah Destini Orang Asli di
Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
"Saya berharap ia (pengumuman itu) akan mendorong lebih ramai anak Orang Asli untuk berjaya," katanya.
Selain itu, Najib, yang menerajui pentadbiran kerajaan pimpinan
Barisan Nasional (BN), turut memberi komitmen akan membina 1,000 unit
rumah kepada masyarakat Orang Asli dalam tempoh dua tahun melalui
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Menyentuh aspek pendidikan berkualiti untuk setiap rakyat di negara
ini yang begitu dekat di hatinya, Najib mahu jumlah 450 anak Orang Asli
yang kini menuntut di institut pengajian tinggi awam ditingkatkan
kepada 1,000 melalui program Mengubah Destini Orang Asli dalam tempoh
terdekat.
"Jangan fikir mengenai peruntukan, jika tidak cukup kerajaan akan tambah," katanya.
Pada majlis itu Perdana Menteri menyampaikan surat tawaran pendidikan
dan elaun di bawah program Mengubah Destini Orang Asli kepada 10
penerima.
Program Mengubah Destini Orang Asli itu diperkenalkan oleh UiTM untuk
memberi peluang untuk anak masyarakat Orang Asli melanjutkan pelajaran
ke peringkat lebih tinggi.
Ia bakal menyumbang kepada pelan transformasi pendidikan Orang Asli
yang menggariskan tujuh inisiatif baharu sebagai usaha untuk
mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli seiring dengan kemajuan rakyat
Malaysia. - BERNAMA
Thursday, 14 February 2013
AWW!! I TAK RELA YOU.......
Harun Taib Ketua Dewan Ulama Pas
KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Ketua Dewan Ulama Pas,
Datuk Harun Taib menegaskan beliau tidak rela Pengerusi DAP, Karpal
Singh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama parti itu.
Menurut Harun, Karpal tidak boleh campur tangan dalam urusan Majlis
Syura Ulama Pas walaupun Pas dan DAP berada dalam satu pakatan.
''Saya tak suka orang lain ataupun dia campur tangan.
''Saya harap Karpal jangan lagi campur tangan hal dalaman Majlis
Syura Ulama. Saya pun malas nak melayan dia," tegasnya ketika dihubungi
di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal yang menganggap dakwaan
Majlis Syura Ulama menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) sebagai spekulasi semata-mata.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengenai penolakan Majlis Syura
Ulama parti itu berkaitan pelantikan Anwar yang juga Penasihat Parti
Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang
berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Karpal juga mahu Majlis Syura Ulama Pas menghormati keputusan bersama
yang dicapai oleh pemimpin pakatan pembangkang tentang isu penggunaan
kalimah Allah oleh bukan Islam.
Selain kenyataannya hari ini, pada 3 Februari lalu Harun turut
menyanggah tindakan Karpal apabila Pengerusi DAP itu cuba mengarahkan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan
Majlis Syura Ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut
agama lain.
Harun menegaskan, Karpal tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman
parti lain dan dalam masa sama mempertikaikan kelayakan Ahli Parlimen
Bukit Gelugor itu memberikan pandangan dalam isu tersebut.
Harun seterusnya berkata, soal siapa yang bakal menjadi Perdana
Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang
bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon, tidak kira
sama ada Anwar atau Abdul Hadi.
Beliau meminta semua pihak supaya 'bersabar' dan menunggu
berlangsungnya pilihan raya umum untuk mengetahui siapa sebenarnya
paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti.
"Sebenarnya saya tak boleh jawab sekarang. Kita tunggu pilihan raya
nanti. Yang pasti, calon yang menjadi Perdana Menteri adalah berdasarkan
populariti.
"Siapa yang dapat sokongan ramai atau paling popular, tak kira Anwar
atau Abdul Hadi, dialah yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya.
Wednesday, 13 February 2013
PATUT LA DEPA NI TAKSUB SANGAT!!!! MINUM AIR KAKI PRESIDEN RUPANYA....
Seorang penyokong PAS berusia 73
tahun, yang mahu dikenali sebagai Haji Majid dari Kampung Batangan,
Marang menceritakan, perkara itu benar-benar berlaku, bukan cerita
rekaan.
Kata Haji Majid, Ayah Chik seorang
ustaz atau tok guru yang disegani dan dihormati. Maklumlah, belajar
agama tinggi dari Mesir dan banyak ilmu dikongsi dengan masyarakat.
Bekas penyokong tegar Ahli Parlimen
Marang itu memberitahu, dia sanggup kayuh basikal setiap minggu untuk
bertemu dan menatap muka Haji Hadi. Adakalanya di tidur di Masjid Rusila
dan Qiamullai di masjid itu.
Dipendekkan cerita, satu malam dia
ke Masjid Rusila. Perjalanan dari Kampung Batangan dengan menaiki
basikal. Peristiwa yang berlaku sekitar pertengahan 80-an.
Tiba di Masjid itu, Haji Majid menuju ke kolah untuk mengambil air sembahyang. Sekitar pukul 3 pagi.
Tiada perkataan lagi yang boleh
diberitahu selain terkejut. Atau ‘terkejut beruk’ melihat Haji Hadi
sedang mandi di dalam kolah berkenaan. Cukup lama Haji Majid tunggu
berhampiran kolah itu, dia adalah Ayah Chik, bukan orang lain.
Bagi orang PAS, ini cerita jenaka, tapi bagi Haji Majid, itu kali terakhir dia menjejak kaki di Masjid Rusila.
Kolah yang digunakan penyokong PAS
untuk ambil air sembahyang, digunakan sebagai air solat hajat, untuk
minum. Tetapi, digunakan oleh Tok Guru untuk berendam!
Sudah berapa ramai yang tertipu,
minum air kaki Haji Hadi? Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Ridhwan pasti sudah
minum ‘air keramat’ dari kolah atau kolam berkenaan.
- Cerita asal boleh klik sini.
Tuesday, 12 February 2013
BUAT ORANG UMNO...
Beri peluang calon muka baru, terus sokong jika tidak terpilih
SAYA berasa amat terpanggil untuk menyampaikan ucapan tahniah dan
syabas kepada Datuk Raja Ideris Raja Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Sungai Air Tawar, Selangor yang menyatakan secara terbuka untuk
tidak lagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). (Rujuk Utusan Malaysia, 5 Februari 2013).
Beliau yang telah menjadi wakil rakyat selama lima penggal berkata,
sudah tiba masanya untuk beliau berundur bagi memberi laluan kepada muka
baru dalam menggalas mandat Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi
tersebut.
Seterusnya Raja Ideris menyatakan, beliau bersedia memberi apa juga
sokongan, bantuan dan bimbingan kepada pelapisnya, satu pengakuan yang
sungguh mulia dan amat wajar dihargai serta dicontohi wakil rakyat yang
lain.
Sungguh amat bertuah sekali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak, yang juga pemimpin tertinggi BN jika mempunyai ramai lagi wakil
rakyat seperti Raja Ideris. Ini khususnya daripada kalangan veteran
parti yang masih lagi menjadi wakil rakyat dan menjadi ketua bahagian
yang rela secara jujur mengemukakan hasrat untuk tidak dicalonkan lagi.
Pernyataan hasrat seperti ini memberi peluang kepada Najib
merealisasikan hasrat beliau untuk menjayakan program transformasi
secara menyeluruh tanpa banyak rintangan.
Konflik mungkin timbul apabila pemimpin-pemimpin yang dikenali sebagai 'warlord'
atau orang-orang besar parti yang didapati sudah lebih tiga dekad
tetapi masih lagi ingin mempertahankan kerusi mereka kerana mendakwa
mereka adalah 'winnable candidates' yang masih diterima rakyat.
Tidak dinafikan mereka ini memang mempunyai jasa yang besar. Namun
hakikat yang perlu disedari adalah pola politik di seluruh negara sudah
banyak berubah yang dengan jelas menunjukkan kuasa penentu pilihan raya
kini ditentukan oleh pengundi muda.
Justeru, kini adalah masa untuk pemimpin-pemimpin generasi baharu
diterima tanpa prejudis sejajar dengan program transformasi yang sedang
digerakkan oleh Perdana Menteri.
Melihat kepada perkembangan politik terkini, kita sangat yakin dan
percaya bahawa setiap calon BN yang ditentukan oleh Najib selaku ketua
parti dan negara, Insya-Allah mereka adalah 'winnable candidates' yang bakal menentukan kemenangan 2/3 kepada BN pada PRU-13 nanti.
Syaratnya, para wakil rakyat kita dan para pemimpin di peringkat
bahagian yang sudah berdekad-dekad merasai nikmat berada di kemuncak
kegemilangan hidup mereka, sanggup mencontohi langkah yang diambil oleh
Raja Ideris.
Semoga Allah menganugerahkan hidayah dan taufik kepada
pemimpin-pemimpin kita yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan parti demi
agama, bangsa dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)





