Tuesday, 12 February 2013

Sokong DAP ibarat terjun gaung


KUALA LUMPUR 11 Feb. - Orang Melayu yang menyokong DAP disifatkan sebagai ‘terjun ke dalam gaung’ kerana pendirian parti itu yang tidak pernah menjunjung dasar-dasar Islam serta kedudukan masyarakat bumiputera di negara ini.

Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah berkata, orang Melayu perlu bersatu-padu menolak DAP kerana dasar parti itu yang begitu cauvinis selain bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

“Jangan ingat Malaysia tidak boleh menjadi negara republik macam Singapura, kalau Melayu terus berpecah, ini tidak mustahil. Jangan lupa, mereka ada kuasa duit, kekuatan kebendaan, mereka boleh beli pengaruh dan menjadikan orang Melayu macam ayam laga.

“Apa pun, perkara yang paling kita tidak rela ialah kesucian agama Islam dicabar. Isu kalimah Allah yang dibangkitkan DAP sudah cukup untuk membuka mata orang Melayu, sudah tiba masanya kita bersatu, kalau terlambat sudah tiada gunanya kerana nasi sudah menjadi bubur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas peletakan jawatan Jafrei Nordin, 41, sebagai Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu kerana mendakwa bekas majikannya daripada parti DAP itu mempunyai pandangan keterlaluan terhadap beberapa pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Menurut Hasan, masanya juga sudah tiba untuk Pas menamatkan pakatan dengan DAP kerana kerjasama itu hanya merugikan perjuangan Islam Pas yang telah banyak terhakis.

“Mempertahankan hak kesucian agama Islam adalah satu jihad, orang Melayu harus bersatu padu apabila kesucian agama Islam tercabar dan kita tidak boleh berganjak daripada pendirian ini," katanya.

Katanya, orang Melayu juga perlu membuka mata mengenai UMNO kerana parti itu kini diterajui oleh pemimpin generasi baharu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membawa pelbagai program transformasi di negara ini serta mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum melalui gagasan 1Malaysia.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, beliau yakin tindakan Jafrei itu mempunyai persamaan dengan pendirian bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang begitu kecewa dengan sikap cauvinis DAP.

“Ronnie Liu juga tidak sensitif dan begitu lantang menyokong penjualan arak di Selangor sehingga tidak menghormati Pas sebagai parti komponen pakatan dan mungkin juga mengakibatkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat daripada parti," katanya.

Katanya, orang Melayu sewajarnya bersatu menolak DAP serta parti-parti pembangkang lain kerana kekuatan perpaduan orang Melayu hanya akan terhakis akibat perpecahan sesama mereka.

MEMANG STRATEGIK!!!

Rakan strategik terbaik Pas ialah UMNO

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Unsur sekularisme, pluralisme dan liberalisme yang didakwa didukung pakatan pembangkang menjadikan UMNO satu-satunya rakan strategik politik bagi Pas dalam memartabatkan Islam sebagai panduan dan dasar negara ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, oleh yang demikian, Majlis Syura Ulama Pas perlu membuat ketetapan tegas agar parti berlabel Islam itu segera meninggalkan pakatan pembangkang yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Pas selama ini telah tersilap langkah untuk bersama Parti Keadilan rakyat (PKR) dan DAP dengan mengangkat Anwar sebagai calon Perdana Menteri mereka kerana beranggapan beliau mampu menarik perhatian masyarakat bukan Melayu serta Islam bagi menyokong pembangkang.

"Dalam pada Pas turut serta mempromosi Anwar sebagai Perdana Menteri, mereka lupa fahaman Anwar sebagai Penasihat PKR amat berbeza dengan Pas kerana Pas mahu memartabatkan Islam sedangkan Anwar ialah seorang sekular dan berfahaman liberal. 

"Dalam perlembagaan PKR, PKR tidak bercadang mendaulatkan Islam, apatah lagi DAP. Jika dilihat dalam Pas dan UMNO, perlembagaan kedua-dua parti itu jelas untuk memperjuangkan Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau yang juga bekas rakan karib Anwar mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Pas sepatutnya sudah lama meninggalkan Anwar.

Kelmarin, sumber memberitahu Utusan Malaysia bahawa Majlis Syura Ulama baru-baru ini mengadakan perbincangan tertutup bagi memilih calon lain untuk menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya kelak.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan khabar tersebut.
Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din pula mengesahkan ada bertemu Anwar baru-baru ini tetapi mendakwa pertemuan itu merupakan perjumpaan biasa di antara dua individu tanpa berkait politik kepartian.

UMNO IS THE BEST...

Undi BN sebagai pengajaran kepada parti - Aktivis Pas


KUALA LUMPUR 12 Feb. - Ahli-ahli Pas yang bijak, mempunyai prinsip dan istiqamah dengan perjuangan asal parti perlu mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan kesucian Islam terpelihara dan diperkasa.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, tindakan itu perlu dilakukan sebagai mesej ahli-ahli akar umbi yang mahukan barisan kepimpinan Pas di setiap peringkat ditukar.

Menurutnya, undi protes itu sebagai pengajaran kepada pemimpin Pas.

"Kami mahu barisan kepimpinan Pas tahu tanpa ahli siapalah mereka. Pandangan ahli perlu diambil kira," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang mengingatkan ahli-ahli Pas tidak memberi undi kepada calon parti itu dan rakan sekutunya iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum akan datang selagi Pas kekal dalam pembangkang.

 

Sila Bagi Jawapan...

Ahli, penyokong Pas minta Majlis Syura nyata pendirian

TAIPING 12 Feb. - Sekumpulan ahli dan penyokong Pas hari ini berhimpun secara aman mendesak Majlis Syura Ulama Pas menyatakan pendirian berhubung hukum mengundi atau menyokong calon DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut mereka, langkah tersebut mesti dilakukan bagi meleraikan kekeliruan dalam kalangan ahli dan penyokong Pas ekoran kedegilan pemimpin DAP dan PKR menerima ketetapan Majlis Syura tentang isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Wakil kumpulan itu, Ramli Sudin yang mendakwa ahli Pas Cawangan Aulong berkata, petugas parti kini serba salah untuk menyokong DAP selepas Majlis Syura memutuskan penggunaan kalimah Allah untuk agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan itu dianggap kufur.

''Kami petugas Pas ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 mahukan penjelasan daripada Majlis Syura, apa hukumnya jika kami terus membantu calon DAP atau PKR dalam pilihan raya umum kali ini. Adakah kami akan kufur jika melakukannya?

Jimmy Palikat lebih besar jasanya berbanding Anwar


SEMPORNA 12 Feb. - Penyanyi berbangsa Dusun, Jimmy Palikat yang mempopularkan lagu etniknya, 'Anak Kampung' disifatkan lebih besar jasanya berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianugerahkan gelaran Huguan Siou yang bermaksud pemimpin agung dalam kalangan etnik Kadazandusun Murut (KDM) Sabah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, gelaran itu hanya khusus untuk pemimpin tertinggi KDM sahaja dan beliau secara sinis mempersoalkan bila masanya Ketua Pembangkang itu menjadi sebahagian daripada etnik terbesar di Sabah itu.

"Ini merupakan helah dan gimik politik mereka semata-mata. Apa jasa dan perjuangan Anwar untuk daulatkan etnik KDM di negeri ini. Saya percaya orang KDM amat bijak untuk menilai siapa sebenarnya yang banyak membantu mereka selama ini.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih besar jasanya berbanding Anwar, malah Najib bukan sahaja membela nasib KDM tetapi seluruh rakyat di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas tindakan Parti Keadilan Rakyat Cabang Ranau semalam yang menganugerahkan gelaran Huguan Siou Malaysia kepada Anwar semasa pemimpin itu melawat Kampung Paginatan, Ranau dekat sini. - UTUSAN




Betul ke apa yg aku baca nih?

Beri undi kepada Pas haram?


TUMPAT 12 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

"Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari. 

"Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya.

sumber : utusan Malaysia

 

DENGAR SINI SEMUA!!!!

'Jangan tertipu agenda DAP bela Islam, Melayu'

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengingatkan orang Melayu dan umat Islam tidak tertipu dengan pembohongan DAP kononnya mahu menjaga kebajikan kumpulan masyarakat tersebut.

Malah, beliau turut membayangkan agama Islam dan orang Melayu di negara ini akan porak-peranda sekiranya diperintah DAP yang tidak pernah menghormati sentimen masyarakat itu.

Menurutnya, perkara itu sudah ditunjukkan pemimpin DAP yang sering memperlekehkan sensitiviti Islam dan orang Melayu selain sering menampilkan dasar yang hanya mementingkan perjuangan kaum Cina.

"Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pernah mencetuskan provokasi terhadap usaha orang Islam mengadakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims, kemudian Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendesak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.