Tuesday 21 May 2013

BIKIN MALU SAJA...


Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London


KUALA LUMPUR 21 Mei - Sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di London didakwa memburukkan nama negara apabila bertindak mengadakan demonstrasi jalanan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di beberapa kawasan di bandar raya berkenaan.

Perkara tersebut didedahkan blogger Blog MIK (http://medan-info-kita.blogspot.com) yang mendapat maklumat tentang gerakan jahat, dipercayai diketuai dua individu.

Dakwa blogger tersebut, demonstrasi itu dilakukan tengah hari kelmarin di depan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London.

"Mereka kemudian berarak ke Parliament House dan berakhir di Trafalgar Square. Sepanjang berlangsung perhimpunan haram itu, dua individu berkenaan mengedarkan risalah menghasut serta mempersoalkan mandat rakyat yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

"Secara terang-terangan mereka menyatakan sokongan terhadap pembangkang dan mempersoalkan kesahihan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri," jelas blogger tersebut.

Blog MIK mendakwa, berdasarkan maklumat, kehadiran rakyat Malaysia dalam demonstrasi itu ialah sekitar 250 orang yang rata-ratanya berketurunan Cina.

"Apakah hukuman setimpal untuk mereka ini? Gugurkan kerakyatan mereka dan pihak Jabatan Imigresen jangan izinkan mereka kembali ke tanah air.

"Semoga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengenal pasti individu terlibat, lakukan pemeriksaan. Mungkin mereka sudah pun mendapat status penduduk tetap di sana, maka wajarlah digugurkan segera kerakyatan," tegasnya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 comments:

  1. rakyat Malaysia yang tiada rasa sayang pada negara.... bodoh tahap cipan.

    ReplyDelete
  2. tu la pasal. BONGOK nak MAMPUS....

    ReplyDelete