So, any comment about this video????
Thursday, 24 January 2013
MEMANG TONGONG POWN....
Jom kita tengok video nih...
Kita tengok yang ni pulak
So, any comment about this video????
So, any comment about this video????
Sunday, 20 January 2013
KALAU DAH TERANG-TERANG PADERI SENDIRI PUN DAH CAKAP MACAM TU, KORANG MASIH NAK PERTAHANKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN KE????
Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Kenyataan seorang paderi dari Indonesia, Jahja
Iskandar bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam
memperkukuhkan lagi pendirian ulama di negara ini yang menentang
penggunaan kalimah itu di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali
memberitahu, kenyataan Jahja itu juga selari dengan perjuangan para
ilmuwan dan pertubuhan Islam di negara ini bahawa tiada ruang untuk umat
Islam berbeza pendapat tentang penggunaan kalimah Allah.
“Kenyataan itu mengukuhkan lagi pendirian kita bahawa kalimah Allah
adalah eksklusif untuk umat Islam. Pendirian kita jelas, walaupun
sebelum paderi itu membuat pengakuan di dalam bukunya lagi.
“Kita menentang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa
Melayu kerana melibatkan urusan ibadat sesuatu agama. Kalimah itu kita
perlu pertahankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Jahja di dalam buku tulisan paderi tersebut
iaitu ‘Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular’ yang mengakui bahawa
kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam. (untuk mengetahui petikan buku ini, klik http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130113/dn_06/Petikan-buku-Mengapa-Nama-Yahweh-Semakin-Popular-karya-paderi-Indonesia
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman
pula memberitahu, berdasarkan kajian yang dibuat di negara ini terhadap
kitab Perjanjian Lama dan Baru, tiada menyebut tentang Tuhan penganut
ajaran Kristian sebagai Allah.
“Itu jelas. Apa yang disebutkan oleh paderi berkenaan juga selari
dengan kajian yang dilakukan di negara ini, jadi kenyataan beliau
mengukuhkan hasil kajian itu.
“Kami menghargai bantuan paderi itu dalam membantu menjelaskan kepada
rakyat Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini," jelasnya.
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd.
Hassan turut mempertahankan pendirian pertubuhan itu bahawa kalimah
Allah tidak wajar digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
Katanya, kenyataan Jahja juga membantu menerangkan kepada orang Islam
dan juga penganut agama Kristian di negara ini tentang mengapa kalimah
itu tidak wajar digunakan oleh penganut selain umat Islam.
Lagi berita mengenai isu yang diperjelaskan oleh Jahja Iskandar, klik http://mindaperkasa.blogspot.com/2013/01/kenyataan-paderi-indonesia-ttg-kalimah.html dan http://kerajaanagama.wordpress.com/2010/02/08/polemik-allah-siapa-nama-tuhan-umat-kristen-indonesia-dan-malaysia/.
* apa ke BINGAI la PAS nih. yg nak sokong DAP pasal penggunaan kalimah Allah dalam Bible tu nak buat apa? Kalau Paderi Kristian sendiri pun dah kata Kristian tak boleh menggunakan Kalimah Allah dalam bible, takkan korang nak bersekongkol dengan DAP jugak??? Fikir la sikit.. BODOH.... BAHLUL...
Friday, 18 January 2013
Boleh Menitiskan Airmata Setelah Mendapat Penjelasan Terbaeekk Tun Dr M
Tun Dr Mahathir Mohamad
nampak relaks sahaja berdepan dengan gembar gembur pembangkang yang
melabel beliau adalah pengkhianat kerana meluluskan kerakyatan kepada
pendatang asing di Sabah semasa era pentabirannya dulu.
Bekas Perdana Menteri itu
tanpa apologetik mengakui peranan kerajaan pimpinannya dulu tetapi
menegaskan semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut
dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.
Dalam sidang media
selepas wacana di Karang Kraf Shah Alam pada petang Khamis, Dr Mahathir
berkata pembangkang boleh tuduh beliau apa saja termasuk pengkhianat
tetapi semua yang dilakukan berdasarkan undang-undang.
"itu tak jadi masalah kerana dituduh (pengkhianat) oleh ramai orang.
Tapi ada juga yang puji,"ujar beliau.
Beliau berkata demikian
ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu
terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing (beragama
Islam) di Sabah.
Ramli ketika menjadi
saksi kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah
mendakwa menerima arahan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri,
Tan Sri Megat Junid Megat Ayub agar mengeluarkan resit bagi membenarkan
pendatang asing di Sabah mengundi pada pilihan raya negeri itu pada
1994.
Menurut Dr Mahathir,
Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara
sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.
"Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari,
satu dua tahun... ada 20, 30 tahun.
Mereka ini bercakap dalam
bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah
ialah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat.
"Orang ini sebelum kita
merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah
kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah.
"Seperti juga di Sumatera dan Semenanjung. Kita terima sesiapa yang ada di sini sebagai rakyat, kenapa kita nak tolak mereka...?
Kalau mereka lakukan jenayah, mereka terdedah kepada undang-undang kita juga. Tetapi mereka diperlukan oleh Sabah."
Walau diasak bertalu-talu
oleh wartawan, Dr Mahathir relaks jawab satu persatu persoalan yang
dilontarkan.
Bahkan di satu peringkat, beliau memulangkan 'paku buah keras' kepada
soalan seorang wartawan pro pembangkang yang mempersoalkan kenapa beliau
beri kerakyatan kepada pendatang Islam warga asing di Sabah.
"Tunku Abdul Rahman lebih
teruk dari saya, dia bagi kerakyatan kepada satu juta orang dahulu
tanpa pemeriksaan teliti. Saya tidak nafikan pembabitan saya (di Sabah)
tapi Tunku beri satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka
tiada siapa pertikai..."katanya.
Ditanya mengenai dakwaan
bahawa kerajaan pimpinannya sengaja memberikan status kerakyatan kepada
pendatang asing sebelum pilihan raya Sabah pada 1994 agar kumpulan
berkenaan mengundi menyokong kerajaan, Dr Mahathir berkata ia mungkin
berlaku secara kebetulan.
"Ia mungkin dilakukan sebelum pilihan raya negeri, tapi ia sama ada secara tak sengaja atau dirancang...saya tak pasti.
"Tapi ia dibuat
berdasarkan peruntukan undang-undang. Jika ia berlaku sebelum pilihan
raya (negeri), ia tak bermakna bertentangan dengan undang-undang,"
katanya.
Berhubung sama pemberian
status warga negara kepada pendatang asing di Sabah merupakan alasan
politik agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negeri
itu, Dr Mahathir berkata: "Tidak...ini adalah hak mereka (mendapat
kerakyatan bagi yang layak).
"Bila mereka menjadi warga negara, sama ada mereka sokong UMNO, BN atau
siapa sahaja, itu hak mereka.
"Ia adalah fakta bahawa bukan semua mereka menjadi penyokong BN,"
katanya.
Beliau bahkan turut
mengatakan kesediaannya untuk menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja
tersebut jika keterangan beliau diperlukan.
"Jika mereka minta saya hadir, saya akan pergi"ujarnya.
Sebelum itu, Dr Mahathir yang berucap di dalam program Bicara Minda Tun
Dr Mahathir Mohamad anjuran akhbar Sinar Harian berkata masyarakat Islam
perlu beranimenegakkan pendirian mengenai penggunaan kalimah Allah
mengikut hujah dan pengetahuan yang luas, bukan hanya bersandarkan emosi
dan kepentingan politik semata-mata.
Walaupun menerima
pandangan penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam kitab Bible oleh
penduduk Sabah dan Sarawak, namun beliau bertegas ia tidak boleh
digunakan sewenangnya.
"Kalau ada pihak lain nak
gunakan nama itu apa tujuan mereka selain daripada untuk menipu
pemikiran supaya orang itu anggap agama ini (Islam) sama dengan agama
lain.
"Unsur penipuan itu tetap
ada sebab tu tak boleh terima penggunaan nama Allah...tapi yg kita tahu
kita tak bersetuju," katanya.
Menurutnya kerajaan kini dilihat agak bimbang kalau bertindak salah
dalam menentukan isu demokrasi, mereka mungkin akan kalah lebih teruk
dan hilang kuasa.
"Ini soal kuat dan
lemah...Bila kita kuat orang tak berani cabar kita, bila kita kuat kita
ada autoriti (dan) majoriti sokong kita . Tapi kerana kurang bijak
mungkin kita sengaja melemahkan diri kita (dan) terpengaruh dengan
pendapat orang nak liberal nak supaya dipuji baik," katanya.
Tambahnya lagi, situasi
ini jelas dilihat semasa PRU tahun 2008 apabila ramai penyokong BN yang
kecewa kerana berasa kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.
"Kita membuka secara luas
peluang untuk orang hentam kita dan kita bertindak menyambut hentaman
dan kecaman orang dengan kita undur diri. Oleh itu penyokong kita berasa
kecewa (tahun) 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan
kepimpinan yg ada...ianya menjadi lemah," katanya.
Tahniah Ummi Halfida
Gambar Persandingan Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan Diserikan Dengan Kehadiran PM & Isteri
Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk
D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid.Ummi Hafilda terpikat dengan
suaminya yang merupakan warga Pakistan kerana pandai mengambil hati
orang tua terutama ibunya.Mereka bernikah di Pakistan, minggu
lalu.Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun
berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi
tumpuan terhadap kempen pilihan raya umum nanti.
Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali.Bagimanapun, Azmin dan
Azwan tidak kelihatan pada majlis ini.
Minah ingin mengucapkan tahniah kpd kak Ummi dan suami. Semoga kekal hingga ke akhir hayat...
Thursday, 17 January 2013
Misteri Segitiga Bermuda
Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah
berbentuk segitiga sebenar, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal
atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu.
Segitiga itupun hanya merupakan imaginasi sahaja. Bila kita ambil peta,
kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan
Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda
itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico;
dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida,
Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang
Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat
semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah
danau yang bernama Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga
Bermuda.
Dari berbagai
kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu
mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Disimpulkan, di
dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu
mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.
Tidak
cukup bila menghuraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tidak menjurus
pada penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga
Bermuda. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang
berupa “lubang di langit”. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk
ke dalamnya serta hilang tanpa dikesan. Dari misteri "Lubang di
Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan
antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap
semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah
Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat
kita dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya pertanyaan tanpa
jawapan.
Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda
yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah Lautan”. Lidah Lautan
mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Banyak yang belum diketahui
tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang menghubungkan misteri
Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut
yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos
1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus
Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di
situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang
tahu.
Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam
gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah zaman ais
berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering
membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau
manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya
kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang
beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue
Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?
Misteri
lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso,
yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu banyak kapal
yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di
sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai zaman, harta karun, mayat
tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk
panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang
kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar
perlahan-lahan searah jarum jam. Didasar lautnya terdapat pegunungan
yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.
Segitiga
Bermuda memang menarik, serta ianya juga menakutkan. Konon perairan
Karibia merupakan tempat yang banyak menyimpan kejadian-kejadian yang
aneh, seperti cahaya-cahaya yang tak jelas asalnya, bayangan-bayangan
yang menakutkan, yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tak jelas
tapi lebih besar dari ikan paus. Bentuknya seperti obor-obor raksasa
dengan warna kulit keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang (jadi
bukan halusinasi).
“Obor-obor
raksasa” tersebut seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap
tenaga fizik. Mungkin “obor-obor raksasa” itu bukan binatang, melainkan
pangkalan UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lainnya
terdapat di pulau Puerto Rico. Suatu pancaran air raksasa yang
membentuk cendawan. Lautan itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km.
Kejadian ini sempat dilihat oleh anak kapal pesawat Boeing 707 pada 11
April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garis tengah
selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuhnya. Mungkin itu adalah
percubaan bom nuklear Amerika atau negara lain? Tetapi pihak Amerika
tidak membenarkan sebarang percubaan bom nuklear kerana di sana adalah
ruang penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklear
Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal
selam itu ribuan km dari sana.
Ada sebuah tempat di perairan Boca
Raton, yang di sana terdapat sebuah paip bergaris tengah 20 cm. Jelas
bukan milik Amerika (untuk lebih lanjut: Orang Bumi). Peristiwa ini
dilihat oleh pasangan suami isteri Lloyd Wingfields. Mereka melihat
sebuah tiang asap disana, dan ketika kelihatan sebuah paip muncul dari
dasar laut yang mengeluarkan asap. Asap tersebut tidak mengeluarkan bau
dan ianya berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah paip itu disambungkan
dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO di dasar lautkah yang
menyebabkannya?
Lagi
pun laut itu cukup dalam, sehingga mereka tak berani menyelam untuk
melihat lebih dekat. Mereka juga melihat sebuah helikopter mengalami
kerosakan engin dan berusaha mendarat cemas di laut.
Melihat
kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang ada, timbullah berbagai macam
bentuk teori yang mungkin bercanggah di antara satu sama lain.
Teori-teori yang pernah dikemukakan untuk membuka misteri kehilangan
kapal serta pasawat di situ ialah:
- Adanya bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal ke dasar laut.
- Adanya bermacam-macam arus yang berkumpul di daerah Segitiga Bermuda itu, sehingga mungkin saja arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan pusaran air.
- Ditemukan Blue Hole, tapi masih diragukan, karena kapal yang besar seperti tanker/kapal induk tak mungkin mampu disedut oleh Blue Hole.
- Terjadi gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan menyedut segala objek ke dalamnya.
- Adanya puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempas.
Ulasan
lain, di daerah Kutub Selatan ada sebuah lubang besar yang
menghubungkan dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak).
Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke
Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tak
membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti
manusia-manusia purba. Sebagai ilmuwan Bryd melaporkan pristiwa itu,
tapi tak ada yang mempercayainya.
Pernahkah
anda mendengar kisah alien abduction yang dialami oleh Herbert Schirmer
yang mempunyai pangkalan di pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah
satu kutub bumi? Mungkin tempat itu merupakan pangkalan UFO yang
bertujuan jahat?
Apakah pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda "ditransfer" ke
dimensi lain? Adakah hubungan segitiga bermuda dengan Atlantis? Adakah
hubungan dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat
Segitiga Bermuda)? Dan yang unik adalah, segitiga bermuda cukup dekat
dengan peluncuran roket NASA (Florida).
sumber: http://blog-misteri.blogspot.com
DAP KECUNDANG KEPADA PERANGKAPNYA SENDIRI
Imej
Dap yang selama hampir lima dekad ditonjolkan sebagai sebuah parti yang
berbilang kaum berlandaskan konsep 'Malaysian Malaysia'.
Dap
adalah serpihan kepada parti pemerintah di Singapura iaitu Pap dan
mempunyai prinsip perjuangan yang sama yang memberi hak sama rata kepada
semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau budaya.
Bagaimana
muluk sekali pun garis prinsipnya, Dap tetap dilabel sebagai sebuah
parti perkauman yang hanya memperjuangkan hak dan isu-isu untuk kaum
Cina sahaja di dalam parti itu.
Sikap rasis tebalnya terserlah
dalam banyak perkara sebelum ini umpamanya isu Universiti Merdeka,
bahasa dan sekolah Cina, desakan menghapuskan kedudukan istimewa orang
Melayu di sisi Perlembagaan, mempertikaikan Islam sebagai agama
Persekutuan dan sebagainya.
Dengan sikap yang amat cendurung
kepada kaum Cina, maka Dap tidak mampu mengikis imejnya sebagai sebuah
parti politik yang rasis dan cauvinis di tengah-tengah sistem politik
kepelbagaian di negara ini.
Imej 'suci' Dap kini mengalami
tamparan yang maha hebat yang tidak mungkin dapat diperbaiki lagi dan
terpahat selamanya sebagai igauan ngeri.
Pertama ia berhubung
dengan keputusan pemilihan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)
parti itu pada 15 Disember tahun lalu yang memperlihatkan kesemua lapan
calon Melayu kalah dengan teruk sekali.
Keputusan itu 'mengejutkan' Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang berkata beliau menyesali keadaan itu berlaku.
Keputusan itu bukan sahaja dikecam oleh pelbagai pihak tetapi dilihat
sebagai satu lagi hujah yang tidak boleh dipatahkan bahawa sememangnya
Dap sebuah parti Cina yang anti-Melayu dan anti-Islam.
Tetapi
bencana yang lebih malang kepada Dap ialah usaha pemimpin tertinggi Dap
untuk membuat 'damage control' atau mengawal keadaan dengan membuat
pindaan selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC.
Tindakan itu
yang kini dilihat sebagai satu usaha manipulasi keputusan pemilihan
parti telah meletakkan seorang tokoh muda 'Melayu' bernama Zairil Khir
Johari sebagai pemenang unggul.
Daripada kedudukan nombor ke 65
dengan jumlah undi sebanyak 305 di dalam senarai keputusan pemilihan
CEC, Zairil telah 'dilonjakkan' kepada nombor 20, kedudukan terakhir
yang membolehkan beliau dipilih menduduki jawatankuasa tertinggi parti.
Dalam proses tergesa-gesa mengikis imej anti-Melayunya, Dap terpaksa
mengorbankan salah seorang calon yang berjaya melayakkan dirinya
mengambil kerusi di dalam CEC.
Vincent Wu Him Ven, yang berjaya
meraih 1,202 undi kini ditendang kepada kedudukan nombor 26 dengan 669
undi, sekaligua terkeluar daripada senarai 20 calon teratas yang dipilih
ke CEC.
Meletakkan Zairil menduduki kerusi CEC tidak
menyelesaikan masalah kemelayuan Dap kerana Zairil adalah anak tiri
kepada bekas pemimpin UMNO, Mohd Khir Johari yang mengahwini seorang
wanita Cina bernama Christine Lim.
Tindakan Dap mengangkat
Zairil ke dalam CEC telah memburukkan lagi keadaan kerana Setiausaha
Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ini memakai nama ayah tirinya
untuk menunjukkan bahawa beliau seorang Melayu.
Jadi Dap telah menipu dan pada maa yang sama telah ditipu sebenarnya!
Menyahkan Vincent Vu sebagai pemenang yang sah juga akan bakal membawa
implikasi politik besar kepada Dap kerana ahli-ahli pada peringkat akar
umni telah mula mempertikaikan perbuatan yang dikira tidak bermoral dan
beretika itu.
Malah Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh
mengakui 'kesilapan teknikal' dalam proses pengiraan undi namun beliau
menolak gesaan untuk diadakan semula pemilihan parti.
Guan Eng
dan bapanya, Kit Siang setakat ini tidak banyak memberi komen kerana
mereka tahu tindakan memenangkan Zairil bukan sesuatu yang bijak dan
kini telah memakan diri sendiri.
Kini serangan ketiga-tiga
parti dalam ikatan Pakatan Rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya
berhubung isu ketelusan dan keadilan untuk memastikan proses pilihan
raya yang bersih hanyalah omongan kosong dan ilusi bagi mengaburi mata
rakyat semata-mata.
Bak kata pelbagai pihak, sekiranya tidak
mampu mengira undi daripada 1,823 perwakilan bagaimana pula hendak
memerintah negara, satu pemerhatian yang tepat sekali mengena batang
hidung Dap.
Kali ini dap tidak boleh lagi menutup sifat
hipokrit dan munafiknya yang hanya melihat kesilapan dan kelemahan pihak
musuh politik dan kerajaan tetapi diri sendiri terpalit dengan penipuan
yang lebih hebat lagi.
Sebenarnya Dap telah terperangkap dalan
jerat yang dipasangnya untuk memerangkap musuh tetapi malang tidak
berbau kecundang kepada muslihatnya sendiri!
Harapan Dap untuk
memperdaya pengundi Cina untuk mengundinya pada PRU-13 sudah tidak
berkesan lagi dan kemungkinan undi Cina akan berbalik kepada Barisan
Nasional.
Dalam dunia politik semuanya adalah mungkin dan
kemungkinan senario ini berlaku tidak boleh dikesampingkan, hanya masa
akan menentukan.
Sementara itu Dap seperti anjing yang cedera
tidak lagi dapat berbuat apa-apa untuk mengembalikan keyakinan ahli
terhadap parti itu kecuali menjilat lukanya sendiri.
Wednesday, 16 January 2013
DENGAR SINI WAHAI PUAK PENCHACHAI....
Guling kerajaan cara Arab tidak sesuai
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Langkah untuk menggulingkan kerajaan mengikut cara Arab tidak sesuai dan tidak wajar dilakukan di Malaysia kerana apa yang diperjuangkan adalah berbeza.Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, apa yang cuba dilakukan pembangkang dengan mengadakan demonstrasi atau himpunan tidak sama seperti di Arab kerana rakyat mereka ditindas tetapi ia tidak berlaku di Malaysia.
''Saya berani katakan mereka yang pergi ke himpunan pada Sabtu lepas, sembilan dari 10 yang hadir mempunyai kehidupan selesa dan mempunyai pekerjaan, berbanding peserta 'Kebangkitan Arab atau Arab Spring'.
''Para pemimpin pembangkang sebenarnya kecewa dengan keputusan himpunan lalu kerana gagal menunjukkan keganasan pihak polis di mata dunia.
''Mereka sebenarnya ingin menggambarkan Malaysia tidak aman dan memerlukan perubahan kepimpinan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran himpunan pembangkang Sabtu lalu menunjukkan pakatan itu mempunyai niat untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyat melalui cara yang ditiru dari negara-negara Arab.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaedah dari Arab yang digunakan pembangkang bagaimanapun tidak menunjukkan ciri-ciri demokrasi serta tidak kena pada tempatnya.
"Pembangkang adakan perhimpunan sebab mereka lihat diri mereka tidak boleh menang melalui cara demokrasi atau pilihan raya, jadi mereka tiru cara-cara di negara Arab.
"Tetapi kerajaan di sini bukan kerajaan kuku besi, kerajaan di Malaysia adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir mempertikaikan tujuan pakatan pembangkang yang selalu mengadakan himpunan sekiranya mereka terlibat dengan apa-apa kes mahkamah.
Beliau berkata, tindakan pakatan pembangkang mengadakan himpunan besar-besaran juga mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, mengadakan demonstrasi seperti yang dilakukan pembangkang adalah sesuatu yang hina dan rendah martabat.
''Rakyat telah mula jelak dengan tindakan mereka dan orang ramai tidak akan menyokong pemimpin yang cuba mengalih perhatian terhadap isu-isu peribadi mereka dengan membawa ke jalanan.
''Saya menyeru orang ramai supaya jangan sekali-kali mengundi pembangkang yang tidak menghormati demokrasi Negara," katanya.
JOM KITA BACA SURAT NIH...
SURAT TERBUKA KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK: APA YANG TERJADI AKHIR INI ADALAH RAHMAT ALLAH SWT
(Nota: Aku dah hantar artikel ni ke Utusan Malaysia tapi aku tak sure
samada ia akan diterima dan diterbitkan atau tidak. So, aku harap sangat
korang yang bersetuju dgn artikel ini dan merasakan ia perlu
disebarkan, please share kan URL page ni diblog dan FB korang. At least
kalau Utusan tak terbitkan, tersebarla jugak artikel ni sedikit
sebanyak. Terimakasih banyak2 Yop dan Yong!)
Assalammualaikum wbt kepada semua saudara senegeri
Teman,
Sesungguhnya, apa yang terjadi dalam sehari dua ini
dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga
beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara
langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya
pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar,
adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada ‘kita’ menjelang PRU13
nanti.
Di sini, Teman tidaklah akan menghujahkan yang
tindakan YB Ngeh Koo Ham itu adalah salah dari segi undang-undang dan begitu
juga dengan tindakan YIK. Sebaliknya, Teman akan membincangkan perkara-perkara
yang zahir dan sahih sahaja. Perkara-perkara yang zahir dan sahih yang Teman
maksudkan adalah seperti berikut:
1) Pembelian
saham (seterusnya pertukaran hak-milik) UPSB kepada YB Ngeh Koo Ham kerana
beliau sendiri mengaku akan perkara ini.
2 2) Walaupun
proses pertukaran hak milik ini berlaku pada tahun ini (2012), tiada apa yang boleh
mengubahkan hakikat bahawa UPSB memang telah mendapat pajakan tanah dari YIK
seluas 10,526 ekar sejak 2006 lagi seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha
Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan dalam artikel Harakah baru-baru ini.
3 3) Dan
selepas pertukaran 2012 ini, UPSB dimiliki hampir seratus-peratus oleh seorang
individu yang bukan bumiputra dan fakta ini datang secara semulajadi hasil dari
fakta 1) dan 2)
Info lebih lanjut, klik http://airilsametok.blogspot.com/2012/12/surat-terbuka-kepada-rakyat-negeri.html
MALAYSIA IS THE BEST COUNTRY....
Malaysia destinasi paling mesra
LOKASI
Jalan Bukit Bintang di bandar raya Kuala Lumpur merupakan satu daripada
tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia. - GAMBAR HIASAN
SINGAPURA 16 Jan. - Malaysia dipilih sebagai
destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam, mengatasi
Mesir, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura,
menurut satu tinjauan.
Tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai
lapangan terbang yang mesra pelancong Islam.
Tinjauan oleh perunding percutian Crescentrating itu membuat
pemilihan berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung
pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk
tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan
mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong
Islam.
Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh, antara 50 buah negara yang disenaraikan.
Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki
yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata.
Indonesia, Maghribi dan Jordan turut berkongsi 6.1 mata untuk berada
di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga
ketujuh dengan 6.0 mata.
Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, Malaysia
merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat
tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah
dan juga di lapangan terbang.
"Malaysia juga berbeza dengan Indonesia yang tidak memberi penekanan
kepada penyediaan makanan halal, walaupun ia merupakan negara yang
mempunyai paling ramai penganut Islam di dunia," katanya.
Daripada segi destinasi membeli-belah pula, Dubai mengatasi Kuala
Lumpur sebagai destinasi tumpuan bagi penganut Islam, diikuti Istanbul,
Jeddah, Kaherah, Abu Dhabi, New Delhi, London dan Doha. - AFP
TUNJUK SAYA DI MANA UNTUNGNYA PAS, KATA MANTAN NAIB PRESIDEN PAS
Saya ingin membuat
ulasan sedikit mengenai kenyataan daripada Dato Seri Jamil Khir, Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Agong PAS Dato Mustafa Ali
yang meminta supaya isu kalimah Allah dimatikan sahaja.
Pada prinsipnya saya
bersetuju dengan gesaan tersebut. Walaubagaimanapun persetujuan saya
tertakluk kepada perkara-perkara berikut :
a) Sekiranya setiap
mereka yang terlibat terutamanya mereka yang mengusulkan kalimah Allah
diizin pakai dalam Bible berbahasa Melayu melihat dan memahami
peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Negeri yang
telah dikeluarkan berhubung dengan isu ini. Semua pihak mesti bersedia
mematuhi peruntukan-peruntukan yang sedia ada disamping menghormati
sensitiviti umat Islam yang menjadi penduduk majoriti di negara ini
kerana isu ini berkait langsung dengan permasalahan aqidah.
b) Lim Guan Eng sebagai
pihak yang menimbulkan semula isu ini dalam ucapan hari Krismasnya
baru-baru ini perlu menarik balik dan memohon maaf sercara terbuka di
atas gesaan beliau supaya Kerajaan Persekutuan memberi izin kepada
penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa
Melayu. Ternyata gesaan beliau itu telah menyinggung perasaan dan
menimbulkan kemarahan umat Islam di Negara kita.
c) Semua pihak
menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan Fatwa yang dikeluarkan
sebelum ini diperingkat Persekutuan dan peringkat Negeri mengenai
penggunaan kalimah Allah.
Saya menganggap selagi
ketiga-tiga perkara di atas tidak dilaksanakan dengan penuh keikhlasan
dan kejujuran selagi itulah isu ini dan lain-lain isu yang berkaitan
dengan agama khususnya Islam akan dijadikan modal politik yang akan
terus dipolemikkan.
Saya juga ingin
menyentuh mengenai tuntutan pihak-pihak tertentu yang saya percaya
terdiri daripada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang menuntut supaya
Majlis Syura Ulama PAS menarik balik keputusan yang dibuat. Pihak-pihak
tersebut telah membuat ugutan untuk memencilkan PAS dalam PRU ke 13
akan datang.
Bagi saya tuntutan dan
ugutan seperti ini hanya timbul daripada pihak yang mementingkan
tuntutan nafsu jahat bukan daripada kewarasan akal fikiran dan hati yang
bersih. Lalu dimanakah untungnya PAS untuk terus berada di dalam sebuah pakatan yang tidak menguntungkan perjuangannya itu.
Seperkara lagi, rakyat
sedang menunggu-nunggu respons dan kenyataan rasmi daripada PKR dan DAP
terhadap keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS. Mengambil sikap
mendiamkan diri bukan satu tindakan yang wajar disebabkan kedua-dua
parti ini seperti yang diketahui umum mempunyai pandangan yang
tersendiri yang bertentangan dengan pandangan rasmi PAS yang berkaitan
dengan isu kalimah Allah ini.
Sekiranya
pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tersebut mendiamkan diri maka tidak salah
bagi rakyat membuat anggapan bahawa sikap sedemikianlah yang akan terus
diambil oleh mereka dalam hal-hal seperti ini sekiranya mereka berjaya
ke Putrajaya seperti yang diigau-igaukan itu.
Akhirnya saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk sama-sama memanjangkan jemputan kepada
seluruh masyarakat Islam di negeri Selangor khasnya untuk menghadirkan
diri mengikuti kuliah khas daripada Prof Dato Dr Haron Din mengenai isu kalimah Allah di Masjid Negeri Shah Alam pada hari Jumaat 18 Januari, 2013 selepas solat Maghrib.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, Kuala Lumpur
16 Januari, 2013
Presiden JATI Malaysia
TTDI, Kuala Lumpur
16 Januari, 2013
***Prof Dato Dr Haron Din semakin menghampiri jamaah kita, semakin menjauhi kebobrokan PasDapiq...
Tuesday, 15 January 2013
SOLANG LAGI APEK TUNJUK LANGSI....
Ini solang lagi apek cilake. Mmg mau mati la ini apek. Lu ingat ini negala x de law ka?
Lu mmg cilake... Tp padan muka sama lu bila ada olang bantai lu balik...
KHAS UNTUK INSAN YANG BERGELAR SUAMI...
Minah harap lepas korang baca, jadikanlah surat ini sebagai pedoman....
KISAHNYA :
gambar hiasan
KISAHNYA :
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya
mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz
supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya
selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali
ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz
saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg
cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan
seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz
..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan
kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk
membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah
berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia
seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak
pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan
santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami
ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih
belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya
sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri
saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui
teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz
selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan
keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya
kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai
itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari
jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai
setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri
saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke
rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana
lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk
ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah
makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada
saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu
tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa
terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis
terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi
rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa
sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya
sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia
ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh
berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan
linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya
habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan
harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya
dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya
kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan
yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya
datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi
sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu
hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah
balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah
dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan
saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya
dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan
tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang
memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk
saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah
malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan
mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang
kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan
sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak
tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan
makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan
minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan
kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman
yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan
apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya
kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya
malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami
orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang
menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya…
ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang
telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg
menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya
beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus
kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang
merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah
hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi
dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di
atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan
menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan
abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati
saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan
menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam
wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya
kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan
menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai
mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar
halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat
terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana
beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu
bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada
berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk
saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya
meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi
katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga
diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya
menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata
terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu
berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya
selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah
hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg
pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah
akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta
layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah
ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman
yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya
pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa
tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu
dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah
dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas
terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya
dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya
tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu
itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis
“Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya
senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan
bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari
kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika
tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga
diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak
marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah
pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada
ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap
cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar
suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat
begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda
akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya...
TU LA DIA KALAU DAH DASAR PENIPU....
BEKAS KAKITANGAN ADUN DAP DITAHAN ATAS TUDUHAN MENIPU
Seorang bekas kakitangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor
telah diberkas polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan lebih
20 mangsa membabitkan kerugian lebih RM30,000.
Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Difahamkan, setakat ini, suspek dipercayai sudah menipu seramai 22 orang dengan setiap seorang mengalami kerugian sebanyak RM1,500.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.
Katanya, siasatan awal mendapati wanita terbabit pernah bekerja dengan Adun Subang Jaya.
“Pengadu dalam kes ini adalah ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh. Beliau melaporkan terdapat 22 individu yang didaftarkan untuk menerima sumbangan bantuan Skim Mesra Usia Emas (RM1,500 setiap seorang) tidak menerima sumbangan berkenaan.
“Selepas disiasat, suspek didapati mengemukakan surat wakil yang mempunyai tandatangan milik penerima sumbangan yang dipercayai dipalsukan untuk mengambil sumbangan berjumlah RM33,000 berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya di mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Difahamkan, setakat ini, suspek dipercayai sudah menipu seramai 22 orang dengan setiap seorang mengalami kerugian sebanyak RM1,500.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.
Katanya, siasatan awal mendapati wanita terbabit pernah bekerja dengan Adun Subang Jaya.
“Pengadu dalam kes ini adalah ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh. Beliau melaporkan terdapat 22 individu yang didaftarkan untuk menerima sumbangan bantuan Skim Mesra Usia Emas (RM1,500 setiap seorang) tidak menerima sumbangan berkenaan.
“Selepas disiasat, suspek didapati mengemukakan surat wakil yang mempunyai tandatangan milik penerima sumbangan yang dipercayai dipalsukan untuk mengambil sumbangan berjumlah RM33,000 berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya di mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
You Have To Know That...
Revolusi Mesir : "Tun Mahathir Milik Orang Islam"
Oleh Kamarn J.
Salam semua, sudah lama saya tak beri posting kat sini.
Sebenarnya sibuk sikit dan turut sibuk berdebat dengan pak2 Arab Mesir dan orang
putih yang dok sibuk dengan revolusi Mesir baru2 ni di wall mereka. Dan saya
sungguh tak sangka, puak2 muda Arab revolusi tu sangat memuja Tun Mahathir bila
saya beritahu, saya dari Malaysia. Dan mereka menyatakan Tun Mahathir bukan
milik Malaysia sahaja TETAPI MILIK ORANG ISLAM, beliau tak sepatutnya bersara.
WOW!
Saya buka komen saya dengan, "Revolusi Mesir ni
tidak akan bawa sebarang kebaikan kepada rakyat Mesir tetapi hanya keburukan,
kamu semua dah terkena dengan permainan organisasi2 barat seperti IMF".
Pada awalnya ramai Pak Arab marah dengan saya. Kemudian saya pastekan fakta IMF
di wall mereka. Dan saya bertanya soalan cepu emas "Jika Revolusi kamu
benar, habis tu kenapa polisi ekonomi negara kamu ditentukan di France oleh
organisasi IMF sebelum kamu melantik PM baru kamu, dan kenapa tidak ditentukan
di Parlimen kamu sendiri seperti negara saya dan negara lain?". Terkedu
pak2 Arab revolusi nak jawab.
Ada orang putih mengatakan orang2 Arab mempunyai pilihan,
tetapi mereka tetap meilih diktator dan monarki yang korup. Jawapan saya mudah.
Dari fakta sejarah, rakyat2 di tanah Arab tidak pernah bebas memilih ketua dan
hala tuju negara mereka semenjak Revolusi Arab menentang khalifah Uthmaniah
pada awal 1900 an, apabila mereka ditipu oleh Lawrence of Arabia, bermula dari
monarki, diktator dan sampai hari ni masih ditentukan oleh kuasa barat. Hangpa boleh
kaji sendiri latar belakang mereka semua seperti Saddam Hussin, Gadafi yang termasuk
dalam monarki Arab Saudi. Begitu juga revolusi Mesir ni. Realitinya, barat
masih tidak mahu negara2 Arab bebas menentukan hala tuju mereka sendiri.
Ada pulak puak Salafi mengatakan Mesir akan melaksanakan
undang2 Islam. Saya jawab dengan mudah, "Kamu akan gagal dan tidak akan
berjaya melaksanakan undang2 tersebut. Sebabnya mudah, membentuk struktur
perundangan baru akan mendatangkan kos, macamana kamu nak biayai kalau POLISI
EKONOMI negara kamu berada di tangan IMF? IMF akan menentukan belanjawan negara
kamu, bukannya kabinet pemimpin kamu." Terkedu pak Arab Salafis nak jawab … hehehe.
Saya selalu berdebat di discussion board TIME Magazine
semenjak 2 bulan lepas. Saya tak save link tersebut sebab tempat tu bukan favorite
saya, cuma saya suka dengan topik artikel TIME tersebut – “Siapa sebenarnya
"in control" Mesir hari ni, adakah puak2 demokrasi atau ektremis
Islam? Dan komen2 saya menyatakan fakta -DUA2 TIDAK MENGUASAI MESIR tetapi
sebaliknya IMF. Negara ni ibarat macam syarikat la, tapi dalam skala besar,. Siapa
yang control "check book" negara tu, dialah control negara tu. La ni
IMFla yang control "check book" Mesir sebab dia dah tentukan POLISI
EKONOMI MESIR semenjak April.
Antara komen2 saya yang menyebabkan pak Arab2 revolusi
terkedu nak jawab, "How these Egyptians Salafists going to implement their
Sharia law? To implement, it need funds from their budgetary system and IMF
already dictates their economic policies, so how? Reality is, IMF already
calling the shots in their economic policies and Egypt took it in last April
and indirectly the west already took control Egypt through their economic
policies. The reality is, the west are the "real" players here not
these extremists. So much for Egypt revolution and democracy … hahaha. This is real fact." (Ada
berpuluh komen saya, tapi tak ingatla, yang block buster kasi puak2 revolusi
ternganga saya ingat … hehehe").
Ini pula komen saya bagi geng2 Mat Saleh terkedu bila
mereka dok kutuk gerakan Islam di Mesir yang kononnya nak merampas revolusi
rakyat Mesir ; “Facts are facts and speculations are speculations. Facts are
the IMF/west already took control Egypt by dictating/controlling their economic
policies since April after Egypt took the loan. Controlling/dictating their
economic policies means controlling Egypt. Their economic policies are decided
even before their new parliamentary line up and leader elected by Egyptians … hahaha. So now, WHO IS ACTUALLY CONTROLLING
EGYPT?
Saya juga ada komen kat pak Arab2 ni, “Revolusi kamu ni
ada cacat celanya sebab involve 3rd party macam Soros dan IMF ni. Ini akan
lebih banyak beri kebaikan kepada orang luar jika dibandingkan dengan rakyat
Mesir melalui liberalisasi ekonomi yang keterlaluan. Contoh kat Iraq, siapa
yang untung la ni? Rakyat Iraq ke atau syarikat2 luar negara macam Halliburton
dan lain2 tu? Setakat ni rakyat Iraq masih jadi pelarian dan dok ternganga je.
Oil for food program pun syarikat luar yang untung, rakyat Iraq masih ada yang
tak cukup makan. So ini akan jadi pada Mesir jugak, maklumlah barat hendak
selesaikan masalah kritikal ekonomi mereka. Agaknya, dari mana duit mereka nak
kebas? Semestinya dari negara2 Arab yang baru buat revolusi ni.
Ada seorang pak Arab tanya saya dari mana sumber info
saya, sebab kononnya saya menghina revolusi Mesir. Saya jawab mudah, “Itulah
kamu tak peka, sementara kamu dok sibuk kat tengah jalanraya, puak2 IMF ni dok
tibai bursa saham dan komoditi negara kamu secara spekulasi” Saya terus bagi
link IMF yang menunjukkan IMF sudah pun merangka polisi2 ekonomi untuk Mesir.
Takde konspirasi teori pun, straight forward je … hahaha (komen ni saya dapat paling banyak
"LIKE")
Macamana nama Tun Mahathir boleh naik dalam
discussion board artikel tu, bila ada antara mereka tanya saya dari negara
mana, saya jawab Malaysia. Terus nama Tun Mahathir naik. Tak sangka ramai orang
Arab penyokong revolusi tu terus bagi
respek kat saya yang pada awalnya marah kat saya sebab2 komen2 saya.
Dan paling menarik perhatian saya, ada pulak yang menyatakan,
kalau Tun Mahathir yang lead Revolusi Mesir, Mesir akan jadi lebih baik. Tetapi
saya jawab balik, “Kalau Tun Mahathir yang lead revolusi kamu, beliau tidak
akan ambik IMF. Polisi Ekonomi adalah darah sesuatu negara. Ia sepatutnya milik
negara, bukan orang luar seperti IMF. Jikalau orang luar yang tentukan polisi
ekonomi negara kita, maknanya kita masih tidak bebas”.
Saya pun tak sangka, puak2 revolusi Arab tu banyak yang
PRO MAHATHIR rupanya, bukannya PRO ANWAR … hahaha. Anwar je perasan … hahaha. Saya bagitahu mereka, “Tun Mahathir
dah pencen, dia tak akan lead revolusi kamu pun. Kalau berminat belilah buku
dia melalui MPHonline, atau boleh download digital copy, manalah tahu idea2 dia
boleh bantu perbetulkan revolusi kamu”.
Artikel berkaitan - Revolusi "Mesir Baru" - Idamkan Pemimpin seperti Tun Mahathir
Artikel berkaitan - Revolusi "Mesir Baru" - Idamkan Pemimpin seperti Tun Mahathir
Boleh percaya ke nih? Janji dulu pun tak tertunai????
Korang percaya ke dengan janji-janji depa nih? Klik je http://pasbagandatoh.blogspot.com/2013/01/apakah-10-tawaran-negara-berkebajikan.html
Monday, 14 January 2013
Niat guling kerajaan
CYBERJAYA 14 Jan. - Penganjuran himpunan
pembangkang Sabtu lalu menunjukkan pakatan itu mempunyai niat untuk
menumbangkan kerajaan pilihan rakyat melalui cara yang ditiru dari
negara-negara Arab.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaedah dari
Arab yang digunakan pembangkang bagaimanapun tidak menunjukkan ciri-ciri
demokrasi serta tidak kena pada tempatnya.
''Pembangkang adakan perhimpunan sebab mereka lihat diri mereka tidak
boleh menang melalui cara demokrasi atau pilihan raya, jadi mereka tiru
cara-cara di negara Arab.
''Tetapi kerajaan di sini bukan kerajaan kuku besi, kerajaan di
Malaysia adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya kepada
pemberita selepas mengadakan lawatan di Cyberjaya di sini hari ini.
Dalam lawatan tersebut, Dr. Mahathir telah diberi taklimat oleh
pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman Sdn. Bhd. (SHSD) mengenai
projek-projek yang sedang dan bakal dijalankan di bandar pintar
tersebut.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir mempertikaikan tujuan pakatan
pembangkang yang selalu mengadakan himpunan sekiranya mereka terlibat
dengan apa-apa kes mahkamah.
''Walaupun boleh buat demonstrasi dalam negara demokrasi, mereka
kenalah ada alasannya dan bukan adakan demonstrasi mengenai Shamsidar,"
katanya.
Beliau berkata, tindakan pakatan pembangkang mengadakan himpunan
besar-besaran juga mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa
yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.
''Pihak berkuasa pun serba salah sebab kalau mereka ambil tindakan
maka akan dituduh sebagai kasar, tetapi mereka tetap diperkatakan kalau
mereka longgar sedikit," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berkata, Malaysia mesti
mempunyai sistem ganjaran kepada bakat asing supaya tenaga kerja yang
mempunyai kepakaran akan memilih untuk berkhidmat di negara ini.
''Saya masih berpegang kepada pendapat bahawa kita perlu beri taraf
pemastautin tetap kepada bakat asing. Banyak negara yang dikatakan maju
sebenarnya bergantung kepada bakat asing yang berkebolehan," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
KHAS UNTUK PEROKOK TEGAR....
Kerajaan pantau jualan rokok elektronik
BANGI - Kementerian Kesihatan memantau rapi penjualan rokok elektronik
atau e-cigarette di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan
penggunanya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata kementerian telah mengesan terdapat rokok elektronik yang mempunyai cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan di pasaran.
"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Akhir-Akhir ini, rokok elektronik yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok itu dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.
Menteri Kesihatan berkata, pada ketika ini tiada kawalan berhubung penjualannya di negara ini kerana rokok elektronik tanpa cecair nikotin diguna untuk mengurangkan ketagihan perokok.
"Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952 dan ia hanya boleh dibeli melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.
"Kementerian Kesihatan mengawal penjualan cecair nikotin agar ia tidak boleh dijual sebarangan kerana penggunaan yang berlebihan dalam rokok eletronik akan meningkatkan ketagihan terhadap rokok dan memudaratkan kesihatan," katanya.
Selain itu, Liow berkata kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan. - Bernama
Beliau berkata kementerian telah mengesan terdapat rokok elektronik yang mempunyai cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan di pasaran.
"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Akhir-Akhir ini, rokok elektronik yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok itu dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.
Menteri Kesihatan berkata, pada ketika ini tiada kawalan berhubung penjualannya di negara ini kerana rokok elektronik tanpa cecair nikotin diguna untuk mengurangkan ketagihan perokok.
"Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952 dan ia hanya boleh dibeli melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.
"Kementerian Kesihatan mengawal penjualan cecair nikotin agar ia tidak boleh dijual sebarangan kerana penggunaan yang berlebihan dalam rokok eletronik akan meningkatkan ketagihan terhadap rokok dan memudaratkan kesihatan," katanya.
Selain itu, Liow berkata kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan. - Bernama
Thursday, 10 January 2013
TAK BERBALOI LANGSUNG.....
Remaja perempuan didenda RM425 kerana dera anak kucing
KENT 10 Jan. - Dua remaja perempuan Britain menggemparkan ramai pihak
apabila aksi mereka menghayun seekor anak kucing menggunakan ekor
haiwan itu dirakam dan disebarkan di dalam laman sosial Facebook.
Remaja berusia 15 dan 16 itu turut membaling ke arah satu sama lain
anak kucing berusia lapan minggu sambil ketawa di sebuah kediaman yang
terletak di Isle of Sheppey, di sini.
Walau bagaimanapun, kedua-dua remaja itu ditangkap dan didenda
sebanyak 85 pound (RM425) selepas aksi mereka dilapor kepada polis.
Mereka turut diarahkan bertemu panel khas bagi memastikan tidak
terlibat dalam perlakuan sedemikian selama sembilan bulan lagi dan tidak
layak memelihara haiwan selama setahun, selepas mengakui kesalahan
tersebut di Mahkamah Belia Maidstone.
Ketua Inspektor Persatuan Diraja Membanteras Jenayah Kekejaman
terhadap Haiwan (RSPCA), Steve Dockery berkata, rakaman itu sangat
mengejutkan ramai pihak.
"Paling membimbangkan apabila remaja tersebut menganggap perbuatan mereka melucukan.
"Penderaan haiwan bagi tujuan hiburan tidak boleh dipandang ringan,
tambahan lagi disebarkan di dalam laman sosial, seolah-olah mengatakan
perbuatan tersebut boleh diterima," katanya.
Walau bagaimanapun, anak kucing tersebut terselamat dan kini ditempatkan bersama penjaga baharu yang menjaganya dengan baik.
Doktor haiwan yang melakukan pemeriksaan tersebut mendapati anak
kucing itu hanya mengalami tekanan dan menakjubkan apabila tidak
mengalami kecederaan fizikal yang teruk.
Seorang lagi rakan kepada dua remaja yang bertanggungjawab merakamkan
aksi itu mengaku tidak bersalah dan dijangka dibicarakan pada satu
tarikh yang tidak dinyatakan. - AGENSI
SEE YOU IN COURT!!!!
Tunku Aziz cabar Karpal bertemu di mahkamah
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya seperti yang tersiar dalam artikel bertajuk DAP's Triumph of Chauvinistic Will (Kejayaan Semangat Cauvinis DAP).Sebaliknya, beliau mencabar Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk bertemunya di mahkamah.
"Mengapa saya perlu menarik balik kenyataan dalam tulisan saya? Jika perkara tersebut benar, mengapa saya harus tarik balik?
"Saya ingin ungkap pepatah popular Karpal, 'langkah mayat saya dulu' sebelum minta saya tarik balik, kita jumpa sahaja di mahkamah untuk menentukan siapa sebenarnya yang berbohong dalam perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, Karpal mendakwa Tunku Abdul Aziz menuduhnya menghalang ahli DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri seperti ditulis dalam artikel yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 22 Disember tahun lalu.
Barikutan itu, beliau menggesa kenyataan tersebut ditarik balik kerana berpendapat artikel itu ditulis untuk sengaja memburukkan dirinya pada pandangan Orang Melayu di negara ini. Tunku Aziz menambah, adalah cukup jelas, pemberian darjah kebesaran merupakan pangkat dan penghargaan yang diberikan oleh raja-raja Melayu yang beragama Islam.
"Ironi sungguh kenyataan Karpal kerana pemberian darjah di negara ini sebenarnya diberikan oleh golongan raja yang berketurunan Melayu, bukannya Cina, India atau Iban, bukan begitu? Karpal sememangnya menghalang pemberian darjah kebesaran ini dari pembesar Melayu," tegasnya.
Tunku Abdul Aziz turut membidas sikap Karpal yang meminta beliau berhenti mengkritik DAP. "Nampaknya Karpal terlupa, saya sudah meninggalkan parti tersebut. Antara saya dan DAP sudah tidak ada sebarang pertalian. SAya bukan lagi 'boneka' untuk menurut sebarang perintah mereka.
" Saya nasihatkan DAP untuk bersikap lebih terbuka dengan kritikan yang saya buat. Sudah semestinya saya bebas untuk mengeluarkan sebarang pendapat,: ujarnya.
Jelas beliau, adalah satu kesilapan besar bagi beliau untuk mempercayai DAP sebagai sebuah parti multinasional DAP seperti yang digambarkan kerana hakikatnya DAP merupakan sebuah parti Cina.
Dalam perkembangan lain, Tunku Abdul Aziz menafikan khabar angin yang beliau telah ditawarkan menjad Gabenor Pulau Pinang.
** Amacam Karpal? Ada Bran????
Subscribe to:
Posts (Atom)