1. DAP
yang ditubuhkan pada 1966 sebenarnya adalah parti cawangan PAP (parti
pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura) di Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam
Malaysia pada 1963 telah menimbulkan konflik antara kerajaan Perikatan dengan PAP
kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan
slogan "Malaysian Malaysia" (mendesak hak sama rata untuk semua kaum).
pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura) di Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam
Malaysia pada 1963 telah menimbulkan konflik antara kerajaan Perikatan dengan PAP
kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan
slogan "Malaysian Malaysia" (mendesak hak sama rata untuk semua kaum).
Sentimen perkauman berterusan yang dimainkan oleh PAP telah menyebabkan Singapura disingkirkan dari Malaysia pada 1965. PAP memohon untuk terus bergiat aktif di Malaysia tetapi ditolak oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, PAP telah menubuhkan cawangannya di Malaysia iaitu DAP untuk meneruskan perjuangannya (DAP = PAP. Ibarat orang sama cuma tukar baju saje. PAP berjaya melahirkan proksinya. Lihat sungguh licik puak komunis-zionis ini mengatur strategi politiknya untuk memecahkan penguasaan Melayu di Malaysia).
2. PAP
pernah meletakkan calonnya menentang parti Perikatan pada Pilihanraya
Umum 1964. PAP bertanding di 9 kerusi dan telah memenangi 1 kerusi
melalui calonnya C.V. Devan Nair (gambar). Penyertaan PAP ini telah mendapat
bantahan keras daripada Perikatan. PAP berhasrat menggantikan MCA sebagai juara suara kaum Cina.
3. DAP
dan Parti Gerakan (sebelum menyertai BN) didakwa menjadi dalang dalam
mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kejayaan menawan Pulau
Pinang dan
memenangi beberapa kerusi di Selangor dan Perak pada
Pilihanraya Umum 1969 telah
mencetuskan rasa keterujaan yang hebat di
kalangan penyokong mereka.
Penyokong UMNO telah berkumpul di hadapan rumah MB Selangor Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Berita rombongan penyokong UMNO dari Gombak yang sedang menuju ke rumah Datuk Harun diserang oleh pelampau Cina telah menyebabkan berlakunya tindak balas dari orang Melayu. Lalu berlakulah peristiwa berdarah paling buruk dalam sejarah negara.
4. DAP pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN. Ini kerana DAP tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dilantik sebagai MB Perak walaupun DAP memenangi kerusi terbanyak dalam PRU 2008. Jawatan MB diserahkan kepada PAS (Nizar Jamaluddin) kerana Undang Tubuh Negeri Perak menghendaki hanya orang Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan MB.
5. DAP
sekali lagi menderhaka kepada Sultan Perak apabila Pengerusinya Karpal
Singh telah mengugut akan menyaman baginda kerana tidak berpuas hati
dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan kerajaan Pakatan
Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Ini kerana 3 DUN PR telah
mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas yang menyokong BN. Ini
menyebabkan kerajaan PR tumbang di Perak selepas 11 bulan memerintah. sini
6. ADUN
DAP, Teresa Kok telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor
agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh
kerana mengganggu ketenteraman awam. Ini menyebabkan dia ditahan di
bawah ISA kerana perbuatannya itu mengancam keselamatan negara. sini
7. Kerajaan
DAP P.Pinang telah merobohkan banyak gerai orang Melayu dan dalam masa
terdekat beberapa kampung tradisi Melayu di kawasan pulau sedang
menunggu nasib untuk dirobohkan. Alasan yang diberi adalah untuk tujuan
"pembangunan". Sebenarnya mereka memiliki niat jahat untuk menghalau
orang Melayu dari kawasan pulau.
8. Seorang
ADUN DAP telah dihalau keluar dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum
Sultan Iskandar semasa pembukaan sidang DUN Johor pada 2008 kerana
enggan mematuhi etika berpakaian (dia enggan memakai songkok - betapa
rasisnya puak DAP ni). sini
9. DAP
mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis
Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan yang diberikan ialah
Chin Peng yang sudah tua tidak mampu lagi mengancam keselamatan negara.
DAP sanggup menutup mata di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM
semasa pemberontakan mereka dahulu.
No comments:
Post a Comment