Monday 22 October 2012

CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

ABBY ABADI BUAT HAL LAGI!! 


Pada 21 Oktober 2012 sempena program Bicara Hijrah Selebriti (Bersama Abby Abadi). Abby Abadi dalam intipati ceramahnya menegaskan apa yang difahaminya pada akhir zaman nanti ialah, antara perkara umat islam itu nanti, adalah hiburan dimana dunia yang pernah di jejakinya dahulu.
 Menurut Abby Abadi dalam intipati ceramahnya menegaskan apa yang difahaminya pada akhir zaman nanti ialah, antara perkara yang paling melalaikan umat islam itu nanti, adalah hiburan dimana dunia yang pernah di jejakinya dahulu.

“Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (pelakon) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya”

“Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang islam dah.” Ujarnya

Tambahnya juga beliau simpati dengan rakan – rakanya yang terlibat didalam industri hiburan ini. Jelasnya lagi “Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau juga saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?”

Apabila Minah merujuk kembali beberapa kenyataan dangkal dan kontroversi penceramah bidan terjun PAS sebelum ini, telah dijangka bahawa kenyataan beliau akan menimbulkan satu lagi kontroversi.

Bersemangat beliau mendakwa 'industri hiburan memang menakutkan' seperti beliau tidak mungkin lagi bersekongkol dengan dunia hiburan. Rupa-rupanya tidak!

Sila baca di bawah :Disogokkan dengan satu paparan Video rakaman ceramah yang disampaikan oleh ‘Pelakon’ Abby Abadi di Taman Melewar pada 23/9/2012 oleh rakan kami maka ini yang dapat kami sampaikan kepada anda.

Ujar Abby “Jangan letakkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya, kerana saya masih sayangkan dunia hiburan. Saya tak nak buat kerja apa yang saya buat sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya.

Saya tak nak jadi penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya. Saya masih mahu berlakon dan insyallah dengan lakonan pun kita boleh berdakwah untuk agama Allah Swt. jadi saya mengharapkan sesuatu yang baik untuk negara, untuk industri hiburan, untuk kawan-kawan saya dan untuk semua umat islam”

Dalam ceramahnya juga abby ada menyebut yang dirinya masih sayangkan Ac Mizal sebagai seorang kawan memandangkan hubungan sebagai rakan sudah terjalin lama. Tapi Abby sedar bahawa Ac Mizal tidak sayangkanya memandangkan pelbagai kecaman yang dibuat Ac kepada Abby dalam beberapa isu.

Katanya “Bila saya dekat dengan Agama macam ni dia kata saya saja-saja nak tunjuk beriman katanya, tak payahla, agama simpan je dalam hati dia kata, Lepas tu kawan saya jawap, kalau macam tu ko sembahyang je dalam jamban” Ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton yang hadir”

Sudah pandai berbelit-belit! Cakap pun tak serupa bikin...

 

1 comment: